Tuesday, June 07, 2005

Cuti Yang Panjang

Setelah mengharungi cuti yang panjang di hujung bulan mei yang lalu, hari ini aku mula masuk bertugas kembali di pejabat. Banyak kerja-kerja tertangguh perlu diselesaikan segera. Pagi tadi aku mula dengan menyelesaikan verification claim KJT. Pagi ini juga staff baru mekanikal mendaftarkan diri iaitu Awg Reezee dan Johjie. Yang lain belum datang mendaftar lagi. Sepatutnya petang nanti ada internal audit bahagian civil. Tapi Sofian pulak cuti hari ini. Terpaksalah ditangguh ke esok hari. Bahagian Mekanikal akan diaudit esok hari. Harap-harap semua ok la yer. Aku juga ditugaskan untuk membuat spesifikasi projek underground cable di LT tawau.Dijangka untuk diiklankan pada 15 Jun 2005 dan ditutup pada 27 Jun 2005.

Selamat Datang

Assalammualaikum...

Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kerana pada hari ini saya dapat membina satu blog.Walaupun saya belum mahir lagi dalam membina laman web yang canggih, saya akan cuba untuk mempelajarinya dari masa ke semasa. Hari ini saya merancang untuk servis kereta. Disebabkan agak lambat sampai di pusat servis, kereta saya tidak dapat diterima lagi. Lalu saya mengambil keputusan untuk membuat servis di workshop Man di Menggatal. Saya membeli minyak enjin dan filter di pusat servis perodua. Apabila tiba di workshop tersebut, saya dinasihatkan agar tidak menukar lagi minyak enjin tersebut disebabkan mileage kereta saya belum mencapai 15,000 km. Isteri saya keboringan kerana keseorangan di rumah. Memandangkan hari ini dia sepatutnya pergi ke kenduri kahwin kawannya di baling, saya menelefon biras saya untuk meminta pertolongannya membawa isteri saya ke sana.

hii

Just to try