Tuesday, June 07, 2005

Selamat Datang

Assalammualaikum...

Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kerana pada hari ini saya dapat membina satu blog.Walaupun saya belum mahir lagi dalam membina laman web yang canggih, saya akan cuba untuk mempelajarinya dari masa ke semasa. Hari ini saya merancang untuk servis kereta. Disebabkan agak lambat sampai di pusat servis, kereta saya tidak dapat diterima lagi. Lalu saya mengambil keputusan untuk membuat servis di workshop Man di Menggatal. Saya membeli minyak enjin dan filter di pusat servis perodua. Apabila tiba di workshop tersebut, saya dinasihatkan agar tidak menukar lagi minyak enjin tersebut disebabkan mileage kereta saya belum mencapai 15,000 km. Isteri saya keboringan kerana keseorangan di rumah. Memandangkan hari ini dia sepatutnya pergi ke kenduri kahwin kawannya di baling, saya menelefon biras saya untuk meminta pertolongannya membawa isteri saya ke sana.

No comments: